Thursday, April 9, 2020

10 PULAU MENARIK DI SEMPORNA SABAH



                                         Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Okay terus kepada topik yang ingin dibincangkan pada kali ini. PULAU ... haa apa itu pulauu ? semua orang tahu pulau itu apa kan ? so kita tidak berleter panjang, saya tahu korang mesti pernah nak berangan ke pulau yang cantik sama ada untuk bergambar, honeymoon ataupun saja-saja.

Okay kali ni kita serius sedikit berbanding posting yang lain kerana posting ini lebih kepada sedikit fakta. hehe actually saya sangat minat travel . tapi untuk travel keluar negara memang tiada rezeki hanya mampu dalam negara sahaja hehehe

SEMPORNA..

 Sebut semporna jarang sekali orang tahu daerah semporna adalah salah satu daerah dalam negeri sabah. semporna adalah daerah yang kecil tetapi mempunyai begitu banyak tarikan pelancongan . Tidak hairanlah sekiranya kita berkunjung ke semporna, terlihat ramai pelancong dari pelbagai negara dan jenis warna kulit dan rupa.

Kalau korang nak datang Semporna secara penerbangan (flight) korang kena turun dekat Airpot Tawau yang terletak dalam sejam untuk sampai ke Pekan Semporna. Bagi yang dari KLIA penerbangan ke Airport Tawau hanyalah mengambil masa 2 JAM 55 MINIT sahaja . so untuk ke pulau-pulau  mempunyai masa yang berbeza-beza mengikut pulau yang hendak di tuju. ada yang mengambil masa sejam, 45 MINIT itu bergantung pada pulau yang hendak dituju dan kelajuan speed boat yang korang ikut.

Mudah bukan ? so kita start untuk 1O PULAU MENARIK DI SEMPORNA ALA - ALA LUAR NEGARA .

1. BOHEY DULANG ISLAND

Bohey dulang merupakan salah satu pulau yang menjadi tarikan pelancong sama ada pelancong luar negara mahupun dalam negara . Pulau ini mempunyai bulatan air yang berbeza warna iaitu kebiruan dan kehijauan secara semula jadi korang boleh lihat dekat gambar . Bukan edit ya , 👀

korang belum sampai kaki bukit bohey dulang pun korang dah teruja kerana melalui air dengan warna yang sangat cantik . ini pengalaman saya semasa menjejak kaki di pulau cantik ini . Apa saya lihat dari bawah, pulau ini dikelilingi oleh pulau-pulau lain. Korang nampak kan gambar tu di ambil dari atas, so korang kena hiking 700 meter barulah korang boleh tengok view yang cantik semulajadi tanpa EDIT . hehe tinggi tidak la tinggi penat memang penat tapi bila dah sampai atas penat panas lelah tu semua hilang. apapun memang cantik guys . korang kena pergi juga !




Aktiviti yang boleh dijalankan selain snorkling dengan diving?

1. Mendaki 700m (wajib)
2. Melihat Burung berkicauan ( semasa hiking)
3. Tun Sakaran Marine ( melihat dan menjelajah kerang gergasi )

TIPS :

Pertama, korang kena pakai kasut untuk hiking .. tapi jangan risau kalau korang tidak bawah kasut  korang still boleh sewa , hari tu RM10 Sepasang orang tu bagi sewa.. TAPI untuk pergi pulau mana2 korang kena jga pakai kasut sebab kaki anda akan hitam dan kering .. hahaha takut kan so pakai kasut okay .

Kedua, untuk pergi ke sini korang kena tengok cuaca tau .sebab ada kalau hujan pada malam iti esoknya korang tidak boleh naik bohey dulang . Rugi bukan ? haa so pandai2 yaa sebab pakej yang ditempah kalau dah pergi tidak boleh refund .



2. MANTABUAN ISLAND

Okay mantabuan adalah satu pulau yang sederhana dan mempunyai sedikit penduduk. untuk pengetahuan korang, untuk pakej pelancongan ke bohey dulang biasanya sekali dengan 3 pulau lain iaitu mantabuan, tatagan dan sibuan. so harga pakej yang korang beli adalah termasuk harga keempat pulau. So ini saya tidak mahu cakap banyak.. sebab hari tu tidak sempat pergi sebab apa ? haa sebab ada upacara kematian .. so untuk tahu terdapat upacara kematian adalah mempunyai tanda iaitu bendera kuning . Itu boat man yang cakaplah saya pun tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan warna bendera tersebut. so apa yang kami buat hanya lah melihat dari jauh sahaja.. huhuhu

3. SIBUAN ISLAND

SIBU ... ha daerah sarawak bukan ? sejarah dia saya tidak tahu korang boleh kaji sendiri hahaha.  dan  sibuan island ni pun cantik juga.. panas tu memang panas . korang kena bawa air yang secukupnya, sunscreen WAJIB bawa . ingat sunscreen bukan sahaja letak dekat muka yaa. letak kat kawasan yang terdedah dengan kepanasan pulau . Percaya tak percaya , korang dah sampai memang tak rasa panas .

4. TATAGAN ISLAND

Okay pulau ni antara pulau yang menarik sebab apa kita boleh lihat bagaimana perkampungan "sea gypsies " mereka adalah golongan "Bajau Laut"  .rumah mereka terlihat petak  dan sangatlah comel . saya sangat tertarik dengan bagaimana mereka mendirikan rumah yang begitu kukuh di atas laut yang diperbuat daripada sumber semulajadi.

5. SIPADAN

NI pun cantik . hm tapi dia jauh sikit lah . kalau korang nak tahu ni salah satu pulau yang dituntut oleh dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia sehingga di bawah Mahkamah Keadilan Antarabangsa tau ! huhu tapi siapa yang dapat ? haa of course la Malaysia kan 😎😎 haa apa yang menarik dekat pulau ni adalah dasar laut yang sangat cantik . kalau korang pergi wajib menyelam dan mengamati keindahan dasar laut yang jauh daripada pencemaran dunia. korang juga berpeluang melihat brakuda. penyu dan ikan. barakuda ni sejenis ikan alu alu ya guys .. hahaha tapi ikan yang dikenali seram dan besar . tapi korang jangan risau korang tidak bersendirian menyelam ookay . tidak mati pun kalau belum sampai ajal hehehe.
Photo of baracuda with coral swimming above coral
haa ni laa barakuda/ikan alu alu


Sejarah Pulau Sipadan Yang Anda Perlu Tahu
Sipadan Island 💓💓


6. TIMBA-TIMBA ISLAND

Korang ! yang ni memang sumpah jernih gila air dia.. kalau korang sampai dekat jambatan timba-timba memang korang nampak jak ikan, kerang, rumpai laut dekat bawah. actually kalau korang ikut trip pakej korang biasanya akan dapat pergi 3 pulau iaitu Timba- timba , mataking kecil dan mataking besar.

biasanya pertama sekali korang akan pergi mataking untuk diving dan snorkeling . lepas tuu korang akan pergi timba-timba untuk makan . disana boleh lah bagi makan ikan hehe confirm berebut ( jangan lupa record)

untuk yang dekat saya tidak pasti jika boleh turun untuk pelancong . sebab untuk sekarang kawasan tu belum lagi di letakkan jaring untuk keselamatan Hahaha takut korang kena obor-obor haa menangis tak kesudah hmm.. maka jangan nakal sangat nak turun yaa !.

7. MATAKING ISLAND

Okay ni pulau gandingan pakej dengan pulau timba--timba. actually pulau ni ada dua tau, mataking kecil dan mataking besar . biasanya saya naik Big John Scuba yang dekat floating tuu dia akan pergi mataking kecil untuk menyelam dahulu sebelum pergi makan dekat pulau timba-timba . lepas tu korang akan pergi mataking besar untuk sambung mnyelam lagi . hehe




8. POM POM ISLAND

Pulau pom pom... hmm double kan? haha actually pulau ni kecil ja ,memang kecil , tanah dia dipenuhi pasir putih , rata dan paling penting sangat penting untuk kura-kura hijau dan penyu untuk bersarang . So, kalau korang pergi tolong jangan buat apa apa benda buruk atau kerosakan , jangan tinggalkan sampah huu kesihanilah mereka yaaa 😭😭😭

Haaa kenapa pulau ni menjadi tarikan ? sebab pulau ni mempunyai pantai karang pasir yang memng putih bersih .memang cantik untuk OOTD . buat live saya tidak sarankan sebab untuk dapat capaian internet memeng susah dekat pulau sebab pulau adalah tempat yang tidak dihuni HAHAAHA . adapun orang asli yang betul-betul asli.

9. KAPALAI ISLAND

Kapalai adalah impian daripada ramai orang untuk dijadikan destinasi berbulan madu (honeymoon) sama ada pelancong luar negara atau pun dalam negara HAHAHA. Mostly orang buat shooting untuk photoshot untuk perkhawinan dekat sini laa.. sebab ni punn ada resort untuk tiggal dalam beberapa malam.

Tempat ni menjadi tumpuan sebab pulau ni sama dengan pulau di Bali Indonesia. Sama memang samakorang boleh survey HEHE kan . Jimat tidak jimat saya tidak pasti sebab harga flight tiket untuk ke sabah dan indonesia kadang-kadang lebih kurang  juga. so apapapun survey dahulu yaa guyss !

10. MABUL ISLAND

Haaaaa😭😭 ni pulau kegemaran saya. sumpah cantik ! dia luas , cantik, dan memang perfect laa . ini pun salah satu tempat yang dijadikan tempat honeymoon dan menjadi pilihan ramai bagi pelancong dari luar negara..

Pulau ni ada line ada rangkaian so korang jangan risau.. sebab pulau ni ramai penduduk dan mereka pun juga boleh berbahasa melayu , mereka ni berbangsa bajau laut. orang dia serius baik-baik . harit u buat kajian dorang sangat lah sporting dan support apa yang kita minta .

btw tempat ni ada sekolah, ada hospital macam-macam ada . dan salah satu pulau yang terluas di semporna.  Korang puas posing dan tangkap gambar just walk around sebab pulau kan berbentuk bujur . tapi serius untuk sehari memang tidak cukup untuk korang  jelajah .So boleh stay dekat resort yang disediakaan untuk semalam or beberapa malam. untuk keselamatan jangan bimbang di sana memang ada petugas yang menjaga .

Haaa ni la 10 pulau yang menjadi tarikan pelancong terutamanya pelancong dari luar negara. Untuk pemerhatian saya, bagi pelancong tempatan lebih kepada pulau bohey dulang. Hahaha orang melayu memang suka hiking banding diving dan snorkeling k ? mungkin kut . So untuk keselamatan korang jangan risau, keselamatan korang terjamin sebab korang ambik permit ... haaa di sini saya nak ingatkn jangan ambil trip yang tiada permit yaa.. murang tu memang murah tapi bahaya lah untuk keselamatan .

So here saya senaraikan pakej yang biasanya ditawarkan  dalam stu pakej
1. Bohey dulang, tatagan, mantabuan,sibuan
2. Mataking 1, Mataking 2, Timba-Timba

pakej ikut syarikat pelancongan yang korang ikut tapi biasanya macam ni lah . bagi pulau lain biasnya tiada pakej dan biasa juga digandingkan.

PALING PENTING BAWA SUNBLOCK , REAPPLY SELALU  SUPAYA TIDAK BURN !

hehe saja bagi capslock sebab tu nota paling penting untuk korang. so rasailah pengalaman percutian ke pulau, memang best ! . Dulu saya puntidak minat pulau salah sau kulit burn dan kedua saya rasa harga tidak berbaloi untuk pengalaman. tapi lepas saya dipaksa untuk pergi beramai-ramai dengan kawan .. lepas tu memang saya tidak dapat moveon dengan keindahan dan ketenangan di pulau😭😭😭 rasa ketagih nak pergi walaupun dah pergi .

Okaylah itu sahaja untuk posting kali ini  terima kasih kerana membac. segalah kekurangan maafkan penulis. boleh lah komen dekat bawah . ASSALAMUALAIKUM. sehingga berjumpa lagi di next positng !.










1 comment:

  1. this post you tell a lot of story about islands ok on that. cuma gambar tak cukup. u cerita pasal 10 pulau tapi gamba u bg 3 je. next time kalau boleh everytime you describe on anything, u need to put a pic after that utk complete kan dia. baru cantik ok. anyway, gamba yg atas tu cantik gila MasyaAllah. is that your own pic?

    ReplyDelete