Thursday, March 26, 2020

FOTOGRAFI

Hai reader .. ✋

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 
Semoga semua sihat dan terlindung dari wabak yang menular pada ketika ini. Mendengar berita dan kenyataan rasmi, begitu pilu hati ini melihat petugas- petugas yang bertungkus lumus dalam menyelamatkan nyawa rakyat. Sedih tengok mereka kan ada yang sampai tidak tidur malam, dan paling menyayat hati adalah terdapat sebilangan petugas yang terkena jangkitan dari wabak Covid-19. 😒 huhuu , sebagai rakyat demi nyawa kita semua , dan patuh dan doakan dunia kita bebas daripada wabak tersebut. 

Okay pada posting kali ini saya bukanlah menfokuskan pada wabak yang menular pada ketika ini.. 
hehee .. kita tutup cerita Covid-19 ya guys. hari ni saya nak cerita tentang fotografi. 😎 semua orang tahu kan apa itu fotografi..πŸ“· dan apa yang saya lihat , ramai orang yang suka dalam bidang ni


Jenis-Jenis Fotografi    Image result for fotografi

Okayy gambar di atas sedikit hiasan mata kita hehe .. sebenarnya tu gambar sumber google.. 



Sedikit penerangan tentang fotogarafi.. Okay fotografi ni adalah kegiatan mengambil gambar secara berteknik sama ada menggunakan kamera ataupun smartphone. Biasanya apa kita lihat , orang yang menceburi bidang fotografi secara profesional lebih menggunakan kamera dalam kerjaya meraka.. Saya terangkan sedikit jenis-jenis kamera yang boleh kita dapatkan dipasaran. dan yang paling kerap digunakan dalam fotografi adala Kamera DSLR . Okay di bawah saya senaraikan kamera DSLR yang mampu milik.

1. Canon EOS 1300

Okay kamera ni adalah kamera DSLR yang termurah dan boleh dapatkan di bawah bajet RM2000. kalau korang nak boleh dapatkan di Shopee / Lazada dalam harga RM1500  ke bawah macam tu ..

Canon 1300D.jpg

2. Nikon D3400

Okay model ni terbaik bagi pemula dalam bidang fotografi . Bagi siapa yang tada asas dalam bidang fotografi boleh lacuba model ni.. sebab apa? hehe sebab ni mudah untuk dikendali berbanding model yang lain . Takut nanti tekan2 terpadam pula semua gambar dalam tu .. kan nanti menyesal pula tak kesudah hehee . saja gurau .πŸ˜†πŸ˜… Harga model ni dalam bajet bawah RM2500. Kalau survey betul2 boleh la dapat dalam seribu lebih . 
[DEAL] Nikon D3400 DSLR Camera with 18-55mm Lens (Black) (Import)

3. Canon EOS 800D


Haaa siapa pernah nampak kamera ni ... Canon 800 ni bagi siapa penggemar dan ingin menggunakan untuk merakam video . sebab apa yang saya tahu kemera ni boleh memfokuskan dalam rakaman videa dan boleh menangkap pergerakan yang laju dengan smooth jaa.. kalau korang nak boleh la prepare bajet sebab kamera ni bajetRM3000 ke bawah.  ada yang jual dalam RM2700 ada juga yang jual RM2500 .


Okay ni tiga kamera yang profesional dalam menangkap gambar. Boleh pilih ikut tujuan dan bajet masing2. Apa yang saya lihat kalau korang nak harga yang lebih murah banding harga kat kedai boleh la survey kat shopee dan lazada. sebab korang boleh tengok dekat gambar and kalau korang tidak pasti korang tengok la review, feedback dan rating. Buat apa nak beli mahal kalau boleh dapatkan harga yang lebih murah? Betul kan HAAHAHA .gelak sikitπŸ˜‚ 

Oh yaa dalam posting ni saya bukan fokus dalam model kamera sahaja ya . TIDAK ! bagi sesiapa yang minat dalam fotografi boleh la juga menggunakan smartphone . Sebab sekarang kalau kita nak kemana mana takkan nak bawa kamera kan ..apa yang ada bersama anda sepanjang masa adalah smartphone di poket anda HAHA.. Keluarkan dan tangkaplah keindahan alam dan gelagat manusia ! Simpan ia sebagai momori .. 

Okay done merapu ..

... Kita bukan saja saja tau merapu.. nak bagi tanya kat korang ni . pernah tak kawan suru tangkap gambar tetiba dorang kata kita tangkap x lawa . πŸ˜‚ I know you feeling guys ! katakan kepada mereka saya juga pandai ambil gambar yang cantik asaal korang nampak cantik dalam gambarπŸ˜‚  Okay ap yang patut  korang buat . korang kena baca posting ni sampai habis ! ..  


Okay . Kalau korang dah ada kamera ataupun smartphone dan ingin menangkap gambar , korang kenalah tahu teknik yang betul . terdapat beberapa teknik yang saya akan share di bawah.

1. korang kena pegang kamera dengan betul  .. kenapa kena pegang dengan betul? sebab kita nak ambil gambar biar centre dan tidak senget
2. Fokus pada objek . korang kalau nak tangkap gambar , yang paling penting adalah objek iaitu apa yang ingin kita tangkap (shot)

Dann ada beberapa jenis teknik yang seorang jurugambar kena tahu dalam "BASIC SHOT"

1. THE LONG SHOT

   

Image result for the long shot view

Okay teknik pertama ni adalah teknik yang mengambil gambar melalui jarak jauh. Korang nampak atas tu dia tetap fokus walaupun jauh kan.. 


2. THE MEDIUM SHOT


  

Okay ni contoh medium shot . medium shot ini adalah mengambil dengan keadaan yang sederhana iaitu tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh seperti the long shot tecnique.


3. THE CLOSE UP SHOT



Okay ni close up ya korang.. kalau keadaan terlalu banyak objek , korang boleh la guna teknik ni untuk fokus pada objek yang diinginkan . Okay ni contoh gambar arnab sebelum disembelih  (Iklan : saya pegang arnab tu sebelum disembelih , ngeee sedihh . dia dah mati)
sebenarnya ni kawan yang tangkap ya . bukan sayaa.. hehe apapun tetap menggunakan teknik close up




Image result for the close up shot food

Okay salah satu kegunaan teknik close up ni adalah menangkap gambar makanan. 
Nak tahu kenapa ? 
fungsinya adalah untuk menjadikan gambar makanan tersebut terlihat indah dan menyelerakan . Cuba korang bayangkan , gambar makanan yang kawan koang tangkap dan hantar kat status nampak menyelerakan ka tidak ? tentu tidak kan? berbanding makanan yang ada pada media sosial pada waktu kita scroll dan waktu perut kosong . heehehhe . macam korang yang baca sekarang ni , mesti lapar kan ? lepas ni korang boleh makan πŸ˜‹.. (saja bagi besar gambar , itu la motif )


Image result for the close up shot sling bag        
                                                                                  

Fungsi lain bagi teknik close up adalah untuk mengindahkan barang yang ingin di iklankan. Yang ni teknik selalu digunakan oleh penjual untuk memaparkan produk yang dijual dalam keadaan besar walhal hakikatnya kecil . Mesti korang pernah beli barang online kan, pastu barang yang sampai tu sangatlah kecil . HAHAHA korang tertipu !!!!πŸ˜‚ dengan gambar yang diambil menggunkan teknik ni . Untuk siapa yang berniaga bolehlah guna teknik ni yaaaa. dan pada siapa yan beli boleh tanya dulu ukuran . Jika SALAH itu SALAH anda bukan SALAH gambar .


Okay long , medium dan close up kita dah faham , kali ni nak tahu teknik high angle shot dan low angle shot

4.  HIGH - ANGLE SHOT



Image result for high angle shot






High angle merupakan tangkapan gambar yang diambil menggunakan teknik yang tinggi , iaitu keadaan yang tinggi ataupun dalam erti kata lain diambil dari atas.. korang kena tahu teknik ni sesuai untuk mengambil keseluruhan pemandangan di sesuatu tempat. kalau korang pegi melancong , jangan  lupa guna teknik ni ya jangan asyik selfie 

5. LOW - ANGLE SHOT



haaa korang perasan tak gambar ni hampir sama dengan gambar cover blog ni . heheee ni laa contoh low angle . Low angle ni adalah cara menangkap gambar dalam keadaan dari bawah . misalnya, kalau korang nak tangkap gambar nak ada view langit-langit boleh lah guna cara ni . jagan asyik lurus jaa .. try tenik ni juga okay?. 


Okay korang tahu kan.. ni jambatan seri wawasan di Putrajaya . kalau nak tangkap lurus memang tidak nampak la kan . so kita kena guna low angle iaitu tangkapan gambar dari bawah . ni saya cuba tangkap agak dongak la sikit sebab tangkap dala keadaan jauhkan . kalau korang tangkap dalam keadaan dekat pun boleh .. Asal jangan sakit leher .. hehehe demi gambar yang cantik kita kena berkorban .πŸ’“πŸ’“



Okay huys , nak dapat gambar berlatar belakangkan Twin Tower ni WAJIB guna 
LOW ANGEL SHOT ! ..  hehe sebelum ni pu mesti korang guna teknik tu tapi tidak tah pun kan tu merupakan salah satu teknik dalam fotografi . apa apa pun . maafkan saya kalau gambar buat spoil , hodoh macam tu . waktu ni pakai kamera yang tidak seberapa canggih laa 😩😩

Oh sebelum kita akhiri posting ni , saya nak share tip yang mungkin ada dalam kalangan korang tidak tahu lagi..  rujuk gambar di bawah

Image result for grid dalam kamera

Okay korang, ni adalah GRID . grid ni sangat penting digunakan dalam menangkap gambar .. sebab apa , kita dapat tentukan kedudukan objek . apa yang saya maksud kan kita dapat jadikan gambar yang kita tangkap itu sma rata dan centre . paling penting objek akan kelihatan kemas di tengah antara grid . so korang kalau nak tangkap gambar janganlah buang grid ya melainkan korang selfie guna kamera depan . hehehe, kalau kamera LSDR grid memang dah tersedia


Akhir kata dari saya. Teknik dalam fotografi ni adalah sangat penting.. bagi saya pancaindera yang patut kita syukuri adalah mataa, tidak semua orang mempunya penglihatan yang baik . Walau hebat macam mana pun kamera dan kecanggihan teknologi , tiada yang dapat menandingi kehebatan mata kita ketika melihat alam . kenapa ? sebab kita nampak lebih original berbanding apa yang kemera cuba tangkap . 

Dan menangkap setiap pemandangan terutamanya yang semula jadi adalah juga kebahagian saya. Saya Cintakan keindahan alam πŸ˜‡ 

Terima Kasih kerana membaca.. untuk komen ataupun pertanyaan apa2 or nak tambahh boleh tulis kat ruang komen di bawah Okay.. πŸ˜‰. Maaf jika ada kesilapan dalam menaip posting ini 
Assalamualaikum.



















1 comment:

  1. Salam Aznur,
    Good job. saya suka cara awak sampaikan perkara2 teknikal - long medium low angle shot but at the same time u berjaya bg contoh yg sgt praktikal bila nak guna teknik2 tersebut. good job! cuma cacat skt post awak ni sbb ada salah ejaan. u need to read few times your own post before submit ok. and one pic is not showing - yg close up tu. cek balik ok

    ReplyDelete