Kembali kepada tujuan utama.. tujuan saya menulis blog ini adalah untuk menceritakan kehidupan saya di UKM pada awalnya. Saya bersyukur kerana mendapat tawaran sambung belajar di UKM. Bagi yang tidak tahu UKM adalah kepanjangan bagi Universiti Kebangsaan Malaysia. Ok , apa yang specialnya universiti ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar berbanding dengan universiti yang lain.
Pada mulanya agak berat untuk saya bertolak melapor diri pada 02 sept 2019 di UKM Kampus Bangi, Selangor. Perasaan yang saya ketika itu bercampur baur. saya berasa takut untuk belajar berdikari , dan sedih kerana terpaksa meninggalkan keluarga tercinta.
Sempat juga tangkap fenomena alam yang indah ini (30/08/2019) .. π
tiba hari untuk mendaftar... 02/09/2019 tipu la kalau tak rasa gementar walaupun dalam hati ada sedikit perasaan tidak sabar untuk menjalani kehidupan baru sebagai seorang pelajar di universiti. sesampainya saya di UKM kampus bangi, saya bergegas mendaftar diri di Kolej yang telah ditetapkan sebelum masuk mendaftar ditemani oleh ayah tercinta. π hehehe
haaah ini buktinya saya warga Kolej Ungku Omar.. Apa-apapun Alhamdulillah bersyukur sangat dapat kolej ni. Sebabnya, kolej ni la kolej antara yang paling strategik dekat ukm. Singkatan bagi nama kolej ni ialah KUO.. bila sebut semua orang tahu .. hehee . strtegik la walaupun makanan tak seindah mata memandang di Kolej Keris Mas dan Kolej Pendeta Za'ba. Tapi Kuo berdekatan dengan PTSL, 24 Hours , Pusanika dan Fakulti- fakulti yang berdekatan . Oleh kerana saya pelajar ekonomi, saya hanya perlu berjalan dalam 5-7 minit sahaja untuk sampai ke dewan kuliah. walaupun saya mempunyai kelas citra di FST, FSSK, FPI saya tetap boleh berjalan kaki apabila kalut dan tiada bas . hihihi π
Okay nak cerita sikit minggu Pertama semasa berada di KUO.. hah macam biasa bagi pelajar kemasukan yang baharu akan mengikuti Orientasi selama seminggu iaitu biasanya di panggil sebagai Minggu Mesra Pelajar (MMM) .. Hurmm sakit juga la sebab kena bangun awal dan tidur lambat. Tapi apa yang dapat masa Minggu MMM akan diaplikasi semasa duduk di Kolej seperti peraturan, kemudahan dan seketeriat dan kelab yang akan dianjurkan pada masa terdekat. Semasa MMM saya tidak lekang hanya bersama kawan sebilik saya iaitu Julieza (gambar bawah tu) haaa cantik kan dia πππ
tapiii.. saya ada kawan yang sangat rapat. Syukur Alhamdulillah dapat kenal dengan mereka semua ni .. Erna, Hana, Aqilah dan Ain. Harap persahabatan kita kekal selamanya ππ
Akhir kata dalam penulisan blog saya ini, banyak benda baru saya belajar termasuklah berdikari tanpa keluarga tercinta, menghargai dan menghormati serta pandai menguruskan masa dan memilih rakan sekeliling. Masuk dunia kampus kita mengenali berbagai-bagai jenis ragam dan orang. Saya doakan semoga kita dipermudahkan urusan dan berjaya dunia dan akhirat termasuklah orang yang membaca blog ni.. Aamiin
❤Terima Kasih kerana sudi melihat πdan membaca blog sederhana saya ini ❤
Salam Aznur,
ReplyDeleteGd job. Your post is quite simple but completed.
Label and illustration checked.
it is just maybe on the content part you could write more.. baru tgh seronok nak baca, tiba2 dh abis :D
Keep it up!
Hehehe. Thanks puan fiza for your positive comment . in syaa Allah on next posting i'll write more
DeleteAssalamualaikum Nur..Critakn lbih banyk lgi kisahmu di U Bh...Bolh buat Novel Sdh niπ.. Semoga kw Brjaya Dunia Akhirat Sahabt...π
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. Allah humma Aamiin .insyaaAllah
Delete