Thursday, April 30, 2020

Marykay is My Career

MARY KAY..


mesti korang pernah dengar kan Mary Kay tu apa πŸ‘€πŸ‘€πŸ‘€..


Mary Kay innovation pipeline underlined by record number of patents


Haaa mary kay ni suatu produk kecantikan yang diilhamkan (founder) Mary Kay Ash atau nama sebenarnya Mary Kathlyn Wagner 😊, Okay beliau dilahirkan di Texas pada 12 May 1918. Beliau ni laa pengusaha kosmetik yang paling berjaya dalam abad ini dan merupakan pencetus dalam melahirkan usahawan wanita yang berjaya. Kenapa melahirkan wanita yang berjaya ? sebab motif beliau bukan sahaja untuk keuntungan tetapi untuk kebajikan wanita. 

Mary Kay Ash lambang kekuatan wanita - BISNES SINAR
haa ni laa Ash yang cantik tu walaupun berusia kan ?
Okay kenapa kebajikan wanita ? sebab kalau join bisnes ni as a Independent Beauty Consultant, korang akan banyak dapat benda yang mary kay bagi hmmm banyak ( bukan nak promot tapi just saja nak perkenalkan dalam posting ni hehehe ) antaranya :

1. memberi satu kerjaya kepada wanita terutamanya suri rumah.. kalau korang nak tauu banyak orang yang berpelajaran tinggi juga join dalam bisnis ni sepenuh masa termasuklah SSD saya hehehe

Ni la SENIOR SALES DIRECTOR saya

ni recruiter saya . hehe nama dia Syazwani
actually, saya join marykay sebab jumpa mereka berdua la ni . masa tu SSD zetty dengan kak Wani buat skincare class dan basic make up. Masa tuu diorang provided fully produk Mary Kay . rasa best ja gunaa masa tuu. so lepas kelas tuu, diorang offer untuk join jadi Indenpendent Beauty Consultant. So, di situ laa bermulanya saya join bisnes ni . HEHEHE .



2. Selain itu, IBC juga turut berpeluang konvo dalam bisnis yaa guys. So ash (founder) menyediakan konvokesyen untuk red jacket university Mary Kay khususnya bagi suri rumah untuk merasakan konvo yang mewah. Senorok kan korang, say pun teringin nak dapatkan reward ni . 😟😟


3. The biggest achievement dalam Mary Kay adalah dapat Pink Car daripada company mary kay. hm seronok kann hm untuk dapat pink car ni bukan petik jari macam tu ja . IBC kenaa usaha jualan setiap bulan dan masukkan orang sebagai downline. Okay orang di bawah yang kita masukkan bila dia jual company akan bagi kita gaji tau . so untuk dapat pink car ni IBC kena naik sebagai Senior sales director seperti Kak Zetty Amani yang gambar kat atas sekali tadi . doa kan saya pun akan dapat suatu hari nanti . hehe AAMIIN.


Pink car parade to kickstart project | The Star
actually, ni gambar google yaa . saya tak mampu lagi . hanya mampu lihat gambar sahaja πŸ˜”


4. Selain tu, setiap tahun Mary Kay buat trip percutian ke luar negara secara percuma dan bertaraf antara bintang. Sekarang salah satu trip untuk tahun ni adalah ke BALI, INDONESIA tapi tak pasti la macam mana sebab sekarang kan ada Corona Virus rasanya postpone kut.. so, untuk dapatkan percutian percuma ni kena aktif laa , dia akan bagitahu setiap tahun syarat yang perlu diperolehi . so kalau masuk sebagai IBC saja saja nak cuba sebulan buat sale bulan depan berenti lagi memang jauhlah rezeki. hehe insyaaAllah siapa yang berusaha rezeki dia , rezeki tak kemana kan? ehehe betul tak ? doakan saya juga dapat pergi untuk tahun2 akan datang...😍😎😘


Image may contain: 9 people, people smiling, text that says 'MARY KAY 2019 Top Directors Trip To Rome'
2019-ROME

Image may contain: sky, cloud and outdoor, text that says 'MARY KAY 2020 NSD IN MAKING DALLAS JAN- DEC 2020 MARY ARY KAY® CELEBRATING YEARS'
2020- Texas

5. Selain itu juga banyak lagi reward . SSD pun setiap bulan dua kali buat reward untuk IBC seperti eksesori wanita (gelang, rantai, cincin dll ) barangan lain, skincare percuma, make up dan bermacam-macam setiap bulan.



6. Dalam Mary Kay Intouch juga pun sediakan promosi setiap bulan. haa so dekat sini kita boleh grab lebih murah.



So waktu saya join saya pun tertanya betul ka bisnis ni bagus ? . sebab sebut saja mary kay semua orang set dalam kepala MAHAL. Ya memang betul , saya sebagai student lagi tak mamp . dan saya pun terfikir macam mana saya nak jual kalau saya tak pakai .

so untuk first tu saya jual kepada orang terdekat . dapat untung then saya guna la produk ni . btw kalau korang nak tahu produk ni memang best. dia sesuai untuk sensetif skin dan baik untuk skin yang pernah guna local produk tanpa lulusan KKM .

ni cart atau pun bakul sebelum kita buat pembayaran.
Okay untuk bisnis ni kita jual harga retail . kita tak naik kan harga. memang harga setiap produk memang macam tuu melainkan kita buat promosi dan promosi yang ada dalam in touch . btw untuk order IBC akan guna Apps khas marykay iaitu in touch . order boleh sampai kepada IBC ataupun terus ke rumah customer , so itu la cara nya .

so kalau korang lihat dekat atas tu 30% tu adalah komisen untuk saya . kalau point makin meningkat,kadar diskaun pun akan meningkat. so macam tu la.

resit untuk order pertama saya hehe
kalau korang perasan dekat situ. total sebenar RM838.00 adalah harga pertama sebelum potongan diskaun. selepas diskaun saya hanya perlu bayar RM586.60 then saya redeem satu voucher RM15 soooooo.... saya hanya perlu BAYAR RM571.60 sahaja daripada total asal 838.00

so dekat situ saya untung RM266.40 . alhamdulillah

tadaa ni laa kotak dia (spread love) comel kan?




OKay lupa nak bagitahu, ni sewaktu raya kalau buat order dalam 200 pts . kita akan spin benda ni dan ikut rezeki . kita akan dapat satu product percuma . HEHEEH saya dah dapat eye makeup remover yg berharga RM65 / 110 ml

utk cust suka produk kita, kita try letak nota dekat dia . πŸ’“πŸ’“


Seronok bila barang customer sampai dan mereka berpuas hati hehe tqqqqπŸ’“πŸ’“πŸ’“


So, Mary Kay memang mahal sebab. dia dirumus daripada bahan yang terpilih dan selamat serta telah diuji beberapa kali dan telah mendapat pengiktirafan. so memang selamat la. insyaaAllah hasil pun memuaskan yang penting sabar dan konsisten. Mary Kay membazir ka? mostly produk daripada marykay tahan 8-10 bulan . so sama sahaja beli skincare setiap bulan bukan? hehe

So itu sahaja daripada posting saya kali ini. saya memang minat dalam bidang niaga . hehe alang2 dah ter promot ... bagi sesiapa yang minat dan ada soalan nak tanya boleh komen dekat bawah ataupun boleh terus wasap saya



terima kasih . maaf di atas kekurangan dalam penulisan pada kali ini












Thursday, April 23, 2020

KEBAIKAN DAN CARA GUNA MAE-i

Hai Assalamulaikum reader . Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis posting pada kali ini walaupun semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni admin busy dengan kelas atas talian, persiapan raya , menyediakan juadah berbuka puasa . haahaaha so tidak apaa untuk reader sekalin, saya sanggup menulis dengan ikhlas hati . hehe harap korang enjoy dengan posting kali ni .

actually posting kali ni sendu sikit bagi yang minat membaca pengalaman dan cerita menarik.. tapi kali ni saya akan kongsikan cara / toturial yang korang tidak tahu lagi . hehe mostly ada yang tidak tahu kan? 

MAE-i 

apa itu MAE-i ?



MAE adalah dompet (WALLET) digital yang didatangkan oleh Maybank. sedikit informasi untuk korang hehe MAE ni singkatan kepada MAYBANK ANYTIME EVERYONE. banyak fungsi MAE ni salah satu memanglah dapat asingkan duit daripada simpanan maybank kita.. So dalam akaun Maybank2u korang ada dua simpanan iaitu saving account dan mae.




Okay selain itu korang boleh guna GRpay untuk bayar dimana2 sahaja yang menyediakan scan payment yaa. Apa yang saya suka dia kadang tawarkan cashback . so if korang bayar RM100 . duit dalam wallet mae korang akan keluar RM100 tetapi korang akan dapat cashback RM20 . So baki wallet korang hanya berkurang RM80 . Berbaloi bukan?

hehe cashback yang saya dapat .. 20% guyss ! siapa nak bagi kan?


Selain tu juga banyak diskaun dan promosi yang ditawarkan sekiranya korang beli dan bayar menggunakan mae... promo termasuklah "Food & Beverage" , "Health adn Beauty". korang hanya perlu tekan ikon SCAN lepas tu tekan QR PROMO . So situ pilih lah product yang ada promo yang korang berminat. 


TAAAAPIIIIIIIII..........

ramai yang keliru cara nak keluarkan duit dari MAE secara transfer tanpa QR code ..
Okay sekarang kita buat toturial ringkas untuk keluarkan duit daripada MAE-i

1. Download apps Maybank2u dekat phone korang dan pastikan korang dah login yaa..
mesti sama macam dalam gambar ni kan?



2. Korang tekan "M" kuning dekat bawah sekali untuk msauk dalam akaun wallet korang. lepas tekan dia keluar macam ni bukan?



3. okay untuk masukkan duit , heret butang wallet yang dekat tengah tu KE BAWAH yang bertulis MONEY IN .. tapiii.. sekarang kita buat cara untuk keluarkan duit.. so heret WALLET ke atas yang ada sign MONEY OUT. dia akan keluar seperti gambar di bawah

cara heret

lepas hold.. automatik keluar macam ni..



5. soo keluar macam gambar di atas, korang tekan SEND MONEY ..

6. Okay next tekan TRANSFER TO A BANK ACCOUNT

7. okay keluar macam gambar di atas .. korang pilih transfer to own account kalau korang nak pindahkan duit dalam saving maybank yang sedia ada dalam apps maybank2u.. kalau korang nak transfer pegi bank lain.. korang pilih lah yang di bawah..

okay untuk kes sekarang, saya akan pindahkan duit ke akaun saving saya yang ada dekat dalam ni (maybank)

btw, jangan gelakkan nilai dekat dalam tu mm . dah nak raya kan faham-faham je laa ..
8.okay then, CLICK akan yang dipilih dan automatik keluarkan minta amaun yang nak dipindahkan lepas tu tekan OK..

pastikan nilai cukup yaa . HAHAHA


9. okay dah siap masukkan nilai boleh la PROCEED..... tadaaaa
jgn lupa letak reference number.. korang letak je 12345

So sampai sini sahaja perkongsian untuk posting kali ini.. saya harap reader dapat faham apa yang saya sampaikan.. semoga bermanfaat.. saya minta maaf kalau ada terkurang dalam penulisan posting kali ini. hehe

Assalamualaikum....







Thursday, April 16, 2020

CARA MEMBUAT PISANG GORENG PEPPIK

Hi Assalamualaikum reader ..
Semua apa khabar ? sihat ka .. harap semua sihat-sihat ..
apa-apapun jangan keluar rumah yaa kalau tiada hal yang penting . stay at home , stay safe and belajar laa banyak benda dekat rumah hehehe..
                                           
                                                      πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“πŸ’“

Posting kali ini, saya nak share satu resepi yang hmm boleh tahan klasik lah HAHAHA
apa dia ? mudah saja korang boleh cuba dekat rumah

Kali ni saya akan guide korang macam mana nak buat pisang peppik atau penyet sedap.. haa bukan ayam ja ada nama penyet , pisang pun ada..

Okay kita go thru CARA-CARA BUAT PISANG GORENG PEPPIK




#### Okay yang pertama bahan paling penting adalah PISANG.. Cara cari pisang tuu jangan yang masak , kalau pisang masak tu pisang goreng salut tepung. tapi kali ni bukan.. So, korang pilih pisang yang belum matang . kalau tidak silap nama pisang ni adalah "pisang awak". tapi nama pisang berbeza mengikut tempat

TIPS Pilih Pisang :
1. Kulit pisang bewarna hijau
2. Pisang nampak segar dan keras




                                                         Ini la "pisang awak" yang awak cari tu hehe

#### Okay setelah mendapat pisang , cara kedua adalah kupas dan tanggalkan kulit pisang.. Oleh kerana pisang belum matang mesti kulit pisang susah tanggalkan ? betul kan ? so korang kena hiris la tepi tepi pisang dan boleh lah tanggalkan dengan selamat. Tangan hati-hati. Sebenarnya ada banyak cara itu ikut selesa dan kemampuan korang laa . hmm asalkan pisang tu memang berpisah dengan kulitnya  okay.. kalau tidak memang kita akan makan dengan kulitlah HAHAHA.


tadaaa pisang dengan kulit kannn



Cara ketiga mesti la korang kena cuci sehingga betul-betul bersih sebab kita nak makan kan . so make sure bersih.. Lepas tu macam biasa tos dan keringkan dan letak sedikit garam . tidak letak pun tidak apa, tapi untuk pisang yang sedap letak la ..


Seterusnya??? Of Course laa panaskan minyak di atas kuali..



Lepas tu , make sure minyak panas korang boleh lah letak pisang tersebut secara berhati-hatiiii..


letak ja macam dalam gambar ni..


Lepas dah letak tuuu tunggu matang sedikit dan angkat .. korang jangan goreng sampai betul-betul masak pulak .sebab lepas ni akan ada goreng sesi kedua HAHHAHA ada sesi pulak tu ..

                                                  😎😎😎😎😎😎😎😎

kalau pisang dah nampak kuning sedikit dan nampak garing bolelah di angkat..

(haaa warnaa macam ni yaa ..)

Haaa kenapa di panggil pisang penyet hahahaa sebab sini cara diaa
pisang yang korang goreng tadi kena di tumbuh sehingga nipis.. tidak kisah korang tumbuh pakai apa sekalipun asalkan jadi nipis macam dalam gambar di bawahh ni. kalau nak ranggup dan lebih garing (crunch gituu) boleh laa buat lebih nipis. ikut selera.


(ni gambar yang dah siap penyet/tumbuk)


Okey lepas tu,, Korang panaskan minyak yang samaa..



setelah minyak panas, masukkan pisang yang tela dipenyetkan tadi .. haa ini la goreng sesi kedua haaahahaa..


(goreng-goremg-goreng)


Kali ni korang goreng hendaklah jadi betul-betul garing tau dan make sure rangup barulah rasanya sedap. Oh yaa jangan tinggalkan sebab kena goreng sekejap sahajaa sebab nipis kan. haa kalau tinggalkan memang hitam lah jawabnya.

 ( haaa siap !)

Dahh nampak macam dalam gambar kann .. haa boleh di angkat dan siap di hidangkan.


Oh yaaa. kalau hidang macam tu pun boleh tapi lagi sedap jika dipadankan dengan sambal. sambal tu ikut citarasa korang laa. sama ada nak pedas ka .. masam kaa .. biasanyanya pisang goreng penyet ni dipadankan dengan sambal belacan yang pedas.



 Haaaa siapp .. bolehlah dihidangkan..















Okay itu sahaja untuk posting kali ni . diharapkan reader dapat faham apa yang saya cuba sampaikan. hehe maafkan jika ada kekurangan dalam posting ini . Selamat berpuasa 😘

...ASSALAMUALAIKUM...




Thursday, April 9, 2020

10 PULAU MENARIK DI SEMPORNA SABAH



                                         Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Okay terus kepada topik yang ingin dibincangkan pada kali ini. PULAU ... haa apa itu pulauu ? semua orang tahu pulau itu apa kan ? so kita tidak berleter panjang, saya tahu korang mesti pernah nak berangan ke pulau yang cantik sama ada untuk bergambar, honeymoon ataupun saja-saja.

Okay kali ni kita serius sedikit berbanding posting yang lain kerana posting ini lebih kepada sedikit fakta. hehe actually saya sangat minat travel . tapi untuk travel keluar negara memang tiada rezeki hanya mampu dalam negara sahaja hehehe

SEMPORNA..

 Sebut semporna jarang sekali orang tahu daerah semporna adalah salah satu daerah dalam negeri sabah. semporna adalah daerah yang kecil tetapi mempunyai begitu banyak tarikan pelancongan . Tidak hairanlah sekiranya kita berkunjung ke semporna, terlihat ramai pelancong dari pelbagai negara dan jenis warna kulit dan rupa.

Kalau korang nak datang Semporna secara penerbangan (flight) korang kena turun dekat Airpot Tawau yang terletak dalam sejam untuk sampai ke Pekan Semporna. Bagi yang dari KLIA penerbangan ke Airport Tawau hanyalah mengambil masa 2 JAM 55 MINIT sahaja . so untuk ke pulau-pulau  mempunyai masa yang berbeza-beza mengikut pulau yang hendak di tuju. ada yang mengambil masa sejam, 45 MINIT itu bergantung pada pulau yang hendak dituju dan kelajuan speed boat yang korang ikut.

Mudah bukan ? so kita start untuk 1O PULAU MENARIK DI SEMPORNA ALA - ALA LUAR NEGARA .

1. BOHEY DULANG ISLAND

Bohey dulang merupakan salah satu pulau yang menjadi tarikan pelancong sama ada pelancong luar negara mahupun dalam negara . Pulau ini mempunyai bulatan air yang berbeza warna iaitu kebiruan dan kehijauan secara semula jadi korang boleh lihat dekat gambar . Bukan edit ya , πŸ‘€

korang belum sampai kaki bukit bohey dulang pun korang dah teruja kerana melalui air dengan warna yang sangat cantik . ini pengalaman saya semasa menjejak kaki di pulau cantik ini . Apa saya lihat dari bawah, pulau ini dikelilingi oleh pulau-pulau lain. Korang nampak kan gambar tu di ambil dari atas, so korang kena hiking 700 meter barulah korang boleh tengok view yang cantik semulajadi tanpa EDIT . hehe tinggi tidak la tinggi penat memang penat tapi bila dah sampai atas penat panas lelah tu semua hilang. apapun memang cantik guys . korang kena pergi juga !




Aktiviti yang boleh dijalankan selain snorkling dengan diving?

1. Mendaki 700m (wajib)
2. Melihat Burung berkicauan ( semasa hiking)
3. Tun Sakaran Marine ( melihat dan menjelajah kerang gergasi )

TIPS :

Pertama, korang kena pakai kasut untuk hiking .. tapi jangan risau kalau korang tidak bawah kasut  korang still boleh sewa , hari tu RM10 Sepasang orang tu bagi sewa.. TAPI untuk pergi pulau mana2 korang kena jga pakai kasut sebab kaki anda akan hitam dan kering .. hahaha takut kan so pakai kasut okay .

Kedua, untuk pergi ke sini korang kena tengok cuaca tau .sebab ada kalau hujan pada malam iti esoknya korang tidak boleh naik bohey dulang . Rugi bukan ? haa so pandai2 yaa sebab pakej yang ditempah kalau dah pergi tidak boleh refund .



2. MANTABUAN ISLAND

Okay mantabuan adalah satu pulau yang sederhana dan mempunyai sedikit penduduk. untuk pengetahuan korang, untuk pakej pelancongan ke bohey dulang biasanya sekali dengan 3 pulau lain iaitu mantabuan, tatagan dan sibuan. so harga pakej yang korang beli adalah termasuk harga keempat pulau. So ini saya tidak mahu cakap banyak.. sebab hari tu tidak sempat pergi sebab apa ? haa sebab ada upacara kematian .. so untuk tahu terdapat upacara kematian adalah mempunyai tanda iaitu bendera kuning . Itu boat man yang cakaplah saya pun tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan warna bendera tersebut. so apa yang kami buat hanya lah melihat dari jauh sahaja.. huhuhu

3. SIBUAN ISLAND

SIBU ... ha daerah sarawak bukan ? sejarah dia saya tidak tahu korang boleh kaji sendiri hahaha.  dan  sibuan island ni pun cantik juga.. panas tu memang panas . korang kena bawa air yang secukupnya, sunscreen WAJIB bawa . ingat sunscreen bukan sahaja letak dekat muka yaa. letak kat kawasan yang terdedah dengan kepanasan pulau . Percaya tak percaya , korang dah sampai memang tak rasa panas .

4. TATAGAN ISLAND

Okay pulau ni antara pulau yang menarik sebab apa kita boleh lihat bagaimana perkampungan "sea gypsies " mereka adalah golongan "Bajau Laut"  .rumah mereka terlihat petak  dan sangatlah comel . saya sangat tertarik dengan bagaimana mereka mendirikan rumah yang begitu kukuh di atas laut yang diperbuat daripada sumber semulajadi.

5. SIPADAN

NI pun cantik . hm tapi dia jauh sikit lah . kalau korang nak tahu ni salah satu pulau yang dituntut oleh dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia sehingga di bawah Mahkamah Keadilan Antarabangsa tau ! huhu tapi siapa yang dapat ? haa of course la Malaysia kan 😎😎 haa apa yang menarik dekat pulau ni adalah dasar laut yang sangat cantik . kalau korang pergi wajib menyelam dan mengamati keindahan dasar laut yang jauh daripada pencemaran dunia. korang juga berpeluang melihat brakuda. penyu dan ikan. barakuda ni sejenis ikan alu alu ya guys .. hahaha tapi ikan yang dikenali seram dan besar . tapi korang jangan risau korang tidak bersendirian menyelam ookay . tidak mati pun kalau belum sampai ajal hehehe.
Photo of baracuda with coral swimming above coral
haa ni laa barakuda/ikan alu alu


Sejarah Pulau Sipadan Yang Anda Perlu Tahu
Sipadan Island πŸ’“πŸ’“


6. TIMBA-TIMBA ISLAND

Korang ! yang ni memang sumpah jernih gila air dia.. kalau korang sampai dekat jambatan timba-timba memang korang nampak jak ikan, kerang, rumpai laut dekat bawah. actually kalau korang ikut trip pakej korang biasanya akan dapat pergi 3 pulau iaitu Timba- timba , mataking kecil dan mataking besar.

biasanya pertama sekali korang akan pergi mataking untuk diving dan snorkeling . lepas tuu korang akan pergi timba-timba untuk makan . disana boleh lah bagi makan ikan hehe confirm berebut ( jangan lupa record)

untuk yang dekat saya tidak pasti jika boleh turun untuk pelancong . sebab untuk sekarang kawasan tu belum lagi di letakkan jaring untuk keselamatan Hahaha takut korang kena obor-obor haa menangis tak kesudah hmm.. maka jangan nakal sangat nak turun yaa !.

7. MATAKING ISLAND

Okay ni pulau gandingan pakej dengan pulau timba--timba. actually pulau ni ada dua tau, mataking kecil dan mataking besar . biasanya saya naik Big John Scuba yang dekat floating tuu dia akan pergi mataking kecil untuk menyelam dahulu sebelum pergi makan dekat pulau timba-timba . lepas tu korang akan pergi mataking besar untuk sambung mnyelam lagi . hehe




8. POM POM ISLAND

Pulau pom pom... hmm double kan? haha actually pulau ni kecil ja ,memang kecil , tanah dia dipenuhi pasir putih , rata dan paling penting sangat penting untuk kura-kura hijau dan penyu untuk bersarang . So, kalau korang pergi tolong jangan buat apa apa benda buruk atau kerosakan , jangan tinggalkan sampah huu kesihanilah mereka yaaa 😭😭😭

Haaa kenapa pulau ni menjadi tarikan ? sebab pulau ni mempunyai pantai karang pasir yang memng putih bersih .memang cantik untuk OOTD . buat live saya tidak sarankan sebab untuk dapat capaian internet memeng susah dekat pulau sebab pulau adalah tempat yang tidak dihuni HAHAAHA . adapun orang asli yang betul-betul asli.

9. KAPALAI ISLAND

Kapalai adalah impian daripada ramai orang untuk dijadikan destinasi berbulan madu (honeymoon) sama ada pelancong luar negara atau pun dalam negara HAHAHA. Mostly orang buat shooting untuk photoshot untuk perkhawinan dekat sini laa.. sebab ni punn ada resort untuk tiggal dalam beberapa malam.

Tempat ni menjadi tumpuan sebab pulau ni sama dengan pulau di Bali Indonesia. Sama memang samakorang boleh survey HEHE kan . Jimat tidak jimat saya tidak pasti sebab harga flight tiket untuk ke sabah dan indonesia kadang-kadang lebih kurang  juga. so apapapun survey dahulu yaa guyss !

10. MABUL ISLAND

Haaaaa😭😭 ni pulau kegemaran saya. sumpah cantik ! dia luas , cantik, dan memang perfect laa . ini pun salah satu tempat yang dijadikan tempat honeymoon dan menjadi pilihan ramai bagi pelancong dari luar negara..

Pulau ni ada line ada rangkaian so korang jangan risau.. sebab pulau ni ramai penduduk dan mereka pun juga boleh berbahasa melayu , mereka ni berbangsa bajau laut. orang dia serius baik-baik . harit u buat kajian dorang sangat lah sporting dan support apa yang kita minta .

btw tempat ni ada sekolah, ada hospital macam-macam ada . dan salah satu pulau yang terluas di semporna.  Korang puas posing dan tangkap gambar just walk around sebab pulau kan berbentuk bujur . tapi serius untuk sehari memang tidak cukup untuk korang  jelajah .So boleh stay dekat resort yang disediakaan untuk semalam or beberapa malam. untuk keselamatan jangan bimbang di sana memang ada petugas yang menjaga .

Haaa ni la 10 pulau yang menjadi tarikan pelancong terutamanya pelancong dari luar negara. Untuk pemerhatian saya, bagi pelancong tempatan lebih kepada pulau bohey dulang. Hahaha orang melayu memang suka hiking banding diving dan snorkeling k ? mungkin kut . So untuk keselamatan korang jangan risau, keselamatan korang terjamin sebab korang ambik permit ... haaa di sini saya nak ingatkn jangan ambil trip yang tiada permit yaa.. murang tu memang murah tapi bahaya lah untuk keselamatan .

So here saya senaraikan pakej yang biasanya ditawarkan  dalam stu pakej
1. Bohey dulang, tatagan, mantabuan,sibuan
2. Mataking 1, Mataking 2, Timba-Timba

pakej ikut syarikat pelancongan yang korang ikut tapi biasanya macam ni lah . bagi pulau lain biasnya tiada pakej dan biasa juga digandingkan.

PALING PENTING BAWA SUNBLOCK , REAPPLY SELALU  SUPAYA TIDAK BURN !

hehe saja bagi capslock sebab tu nota paling penting untuk korang. so rasailah pengalaman percutian ke pulau, memang best ! . Dulu saya puntidak minat pulau salah sau kulit burn dan kedua saya rasa harga tidak berbaloi untuk pengalaman. tapi lepas saya dipaksa untuk pergi beramai-ramai dengan kawan .. lepas tu memang saya tidak dapat moveon dengan keindahan dan ketenangan di pulau😭😭😭 rasa ketagih nak pergi walaupun dah pergi .

Okaylah itu sahaja untuk posting kali ini  terima kasih kerana membac. segalah kekurangan maafkan penulis. boleh lah komen dekat bawah . ASSALAMUALAIKUM. sehingga berjumpa lagi di next positng !.