Thursday, March 26, 2020

FOTOGRAFI

Hai reader .. ✋

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 
Semoga semua sihat dan terlindung dari wabak yang menular pada ketika ini. Mendengar berita dan kenyataan rasmi, begitu pilu hati ini melihat petugas- petugas yang bertungkus lumus dalam menyelamatkan nyawa rakyat. Sedih tengok mereka kan ada yang sampai tidak tidur malam, dan paling menyayat hati adalah terdapat sebilangan petugas yang terkena jangkitan dari wabak Covid-19. 😒 huhuu , sebagai rakyat demi nyawa kita semua , dan patuh dan doakan dunia kita bebas daripada wabak tersebut. 

Okay pada posting kali ini saya bukanlah menfokuskan pada wabak yang menular pada ketika ini.. 
hehee .. kita tutup cerita Covid-19 ya guys. hari ni saya nak cerita tentang fotografi. 😎 semua orang tahu kan apa itu fotografi..πŸ“· dan apa yang saya lihat , ramai orang yang suka dalam bidang ni


Jenis-Jenis Fotografi    Image result for fotografi

Okayy gambar di atas sedikit hiasan mata kita hehe .. sebenarnya tu gambar sumber google.. 



Sedikit penerangan tentang fotogarafi.. Okay fotografi ni adalah kegiatan mengambil gambar secara berteknik sama ada menggunakan kamera ataupun smartphone. Biasanya apa kita lihat , orang yang menceburi bidang fotografi secara profesional lebih menggunakan kamera dalam kerjaya meraka.. Saya terangkan sedikit jenis-jenis kamera yang boleh kita dapatkan dipasaran. dan yang paling kerap digunakan dalam fotografi adala Kamera DSLR . Okay di bawah saya senaraikan kamera DSLR yang mampu milik.

1. Canon EOS 1300

Okay kamera ni adalah kamera DSLR yang termurah dan boleh dapatkan di bawah bajet RM2000. kalau korang nak boleh dapatkan di Shopee / Lazada dalam harga RM1500  ke bawah macam tu ..

Canon 1300D.jpg

2. Nikon D3400

Okay model ni terbaik bagi pemula dalam bidang fotografi . Bagi siapa yang tada asas dalam bidang fotografi boleh lacuba model ni.. sebab apa? hehe sebab ni mudah untuk dikendali berbanding model yang lain . Takut nanti tekan2 terpadam pula semua gambar dalam tu .. kan nanti menyesal pula tak kesudah hehee . saja gurau .πŸ˜†πŸ˜… Harga model ni dalam bajet bawah RM2500. Kalau survey betul2 boleh la dapat dalam seribu lebih . 
[DEAL] Nikon D3400 DSLR Camera with 18-55mm Lens (Black) (Import)

3. Canon EOS 800D


Haaa siapa pernah nampak kamera ni ... Canon 800 ni bagi siapa penggemar dan ingin menggunakan untuk merakam video . sebab apa yang saya tahu kemera ni boleh memfokuskan dalam rakaman videa dan boleh menangkap pergerakan yang laju dengan smooth jaa.. kalau korang nak boleh la prepare bajet sebab kamera ni bajetRM3000 ke bawah.  ada yang jual dalam RM2700 ada juga yang jual RM2500 .


Okay ni tiga kamera yang profesional dalam menangkap gambar. Boleh pilih ikut tujuan dan bajet masing2. Apa yang saya lihat kalau korang nak harga yang lebih murah banding harga kat kedai boleh la survey kat shopee dan lazada. sebab korang boleh tengok dekat gambar and kalau korang tidak pasti korang tengok la review, feedback dan rating. Buat apa nak beli mahal kalau boleh dapatkan harga yang lebih murah? Betul kan HAAHAHA .gelak sikitπŸ˜‚ 

Oh yaa dalam posting ni saya bukan fokus dalam model kamera sahaja ya . TIDAK ! bagi sesiapa yang minat dalam fotografi boleh la juga menggunakan smartphone . Sebab sekarang kalau kita nak kemana mana takkan nak bawa kamera kan ..apa yang ada bersama anda sepanjang masa adalah smartphone di poket anda HAHA.. Keluarkan dan tangkaplah keindahan alam dan gelagat manusia ! Simpan ia sebagai momori .. 

Okay done merapu ..

... Kita bukan saja saja tau merapu.. nak bagi tanya kat korang ni . pernah tak kawan suru tangkap gambar tetiba dorang kata kita tangkap x lawa . πŸ˜‚ I know you feeling guys ! katakan kepada mereka saya juga pandai ambil gambar yang cantik asaal korang nampak cantik dalam gambarπŸ˜‚  Okay ap yang patut  korang buat . korang kena baca posting ni sampai habis ! ..  


Okay . Kalau korang dah ada kamera ataupun smartphone dan ingin menangkap gambar , korang kenalah tahu teknik yang betul . terdapat beberapa teknik yang saya akan share di bawah.

1. korang kena pegang kamera dengan betul  .. kenapa kena pegang dengan betul? sebab kita nak ambil gambar biar centre dan tidak senget
2. Fokus pada objek . korang kalau nak tangkap gambar , yang paling penting adalah objek iaitu apa yang ingin kita tangkap (shot)

Dann ada beberapa jenis teknik yang seorang jurugambar kena tahu dalam "BASIC SHOT"

1. THE LONG SHOT

   

Image result for the long shot view

Okay teknik pertama ni adalah teknik yang mengambil gambar melalui jarak jauh. Korang nampak atas tu dia tetap fokus walaupun jauh kan.. 


2. THE MEDIUM SHOT


  

Okay ni contoh medium shot . medium shot ini adalah mengambil dengan keadaan yang sederhana iaitu tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh seperti the long shot tecnique.


3. THE CLOSE UP SHOT



Okay ni close up ya korang.. kalau keadaan terlalu banyak objek , korang boleh la guna teknik ni untuk fokus pada objek yang diinginkan . Okay ni contoh gambar arnab sebelum disembelih  (Iklan : saya pegang arnab tu sebelum disembelih , ngeee sedihh . dia dah mati)
sebenarnya ni kawan yang tangkap ya . bukan sayaa.. hehe apapun tetap menggunakan teknik close up




Image result for the close up shot food

Okay salah satu kegunaan teknik close up ni adalah menangkap gambar makanan. 
Nak tahu kenapa ? 
fungsinya adalah untuk menjadikan gambar makanan tersebut terlihat indah dan menyelerakan . Cuba korang bayangkan , gambar makanan yang kawan koang tangkap dan hantar kat status nampak menyelerakan ka tidak ? tentu tidak kan? berbanding makanan yang ada pada media sosial pada waktu kita scroll dan waktu perut kosong . heehehhe . macam korang yang baca sekarang ni , mesti lapar kan ? lepas ni korang boleh makan πŸ˜‹.. (saja bagi besar gambar , itu la motif )


Image result for the close up shot sling bag        
                                                                                  

Fungsi lain bagi teknik close up adalah untuk mengindahkan barang yang ingin di iklankan. Yang ni teknik selalu digunakan oleh penjual untuk memaparkan produk yang dijual dalam keadaan besar walhal hakikatnya kecil . Mesti korang pernah beli barang online kan, pastu barang yang sampai tu sangatlah kecil . HAHAHA korang tertipu !!!!πŸ˜‚ dengan gambar yang diambil menggunkan teknik ni . Untuk siapa yang berniaga bolehlah guna teknik ni yaaaa. dan pada siapa yan beli boleh tanya dulu ukuran . Jika SALAH itu SALAH anda bukan SALAH gambar .


Okay long , medium dan close up kita dah faham , kali ni nak tahu teknik high angle shot dan low angle shot

4.  HIGH - ANGLE SHOT



Image result for high angle shot






High angle merupakan tangkapan gambar yang diambil menggunakan teknik yang tinggi , iaitu keadaan yang tinggi ataupun dalam erti kata lain diambil dari atas.. korang kena tahu teknik ni sesuai untuk mengambil keseluruhan pemandangan di sesuatu tempat. kalau korang pegi melancong , jangan  lupa guna teknik ni ya jangan asyik selfie 

5. LOW - ANGLE SHOT



haaa korang perasan tak gambar ni hampir sama dengan gambar cover blog ni . heheee ni laa contoh low angle . Low angle ni adalah cara menangkap gambar dalam keadaan dari bawah . misalnya, kalau korang nak tangkap gambar nak ada view langit-langit boleh lah guna cara ni . jagan asyik lurus jaa .. try tenik ni juga okay?. 


Okay korang tahu kan.. ni jambatan seri wawasan di Putrajaya . kalau nak tangkap lurus memang tidak nampak la kan . so kita kena guna low angle iaitu tangkapan gambar dari bawah . ni saya cuba tangkap agak dongak la sikit sebab tangkap dala keadaan jauhkan . kalau korang tangkap dalam keadaan dekat pun boleh .. Asal jangan sakit leher .. hehehe demi gambar yang cantik kita kena berkorban .πŸ’“πŸ’“



Okay huys , nak dapat gambar berlatar belakangkan Twin Tower ni WAJIB guna 
LOW ANGEL SHOT ! ..  hehe sebelum ni pu mesti korang guna teknik tu tapi tidak tah pun kan tu merupakan salah satu teknik dalam fotografi . apa apa pun . maafkan saya kalau gambar buat spoil , hodoh macam tu . waktu ni pakai kamera yang tidak seberapa canggih laa 😩😩

Oh sebelum kita akhiri posting ni , saya nak share tip yang mungkin ada dalam kalangan korang tidak tahu lagi..  rujuk gambar di bawah

Image result for grid dalam kamera

Okay korang, ni adalah GRID . grid ni sangat penting digunakan dalam menangkap gambar .. sebab apa , kita dapat tentukan kedudukan objek . apa yang saya maksud kan kita dapat jadikan gambar yang kita tangkap itu sma rata dan centre . paling penting objek akan kelihatan kemas di tengah antara grid . so korang kalau nak tangkap gambar janganlah buang grid ya melainkan korang selfie guna kamera depan . hehehe, kalau kamera LSDR grid memang dah tersedia


Akhir kata dari saya. Teknik dalam fotografi ni adalah sangat penting.. bagi saya pancaindera yang patut kita syukuri adalah mataa, tidak semua orang mempunya penglihatan yang baik . Walau hebat macam mana pun kamera dan kecanggihan teknologi , tiada yang dapat menandingi kehebatan mata kita ketika melihat alam . kenapa ? sebab kita nampak lebih original berbanding apa yang kemera cuba tangkap . 

Dan menangkap setiap pemandangan terutamanya yang semula jadi adalah juga kebahagian saya. Saya Cintakan keindahan alam πŸ˜‡ 

Terima Kasih kerana membaca.. untuk komen ataupun pertanyaan apa2 or nak tambahh boleh tulis kat ruang komen di bawah Okay.. πŸ˜‰. Maaf jika ada kesilapan dalam menaip posting ini 
Assalamualaikum.



















Wednesday, March 18, 2020

GUNUNG BEREMBUN, NEGERI SEMBILAN



HELLO semua..
 Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Okay posting kali ni aku nak cerita sedikit warna kehidupan aku dalam kelab Extreme-C KUO. Pada mulanya aku mengikuti interview untuk memasuki kelab ni. Seperti yang dikenali aku seorang yang tidak aktif dalam aktiviti lasak terutamanya bersukan. tetapi apa first impression ak terhadap kelab ni more to hiking, climbing and explore alam semulajadi sebab dah nama dia extreme kan . hehe 😁 . Hehe nak kongsi satu rahsia laa, masa interview tu punya la malu sebab eja "Extreme-C" pun salah sebab ikut dengan kawan sebelah walaupun ak dah nampak ejaan dekat carta organisasi. haa pengajarannya sini jangan ikut orang , sebab mereka belum tentu betul . hehe confident level kita ada...😎😎😎

Haaa bangun pagi sebelum buka pintu dapat kertas merah ni yang menyatakan TAHNIAH ! rasa nak melompat rasanya even aku rasa ak tak terpilih sebab masa interview tu banyak la yang x menunjukkan yang ak ni layak . hehe at least dapat la juga kan masuk kelab ni
 . yang tepi tu lambang kelab kitorang .. hehe extreme kan ??😎😎

Okay... posting kali ni kita fokus di mana bagi ahli baharu kami diwajibkan mengikuti hari interaksi kedua di gunung berembun .. yang pertama kami buat kat sekitar UKM iaitu explorace yang extreme.. hehe semua benda nak extreme. yang kedua lagi extreme..

  

ni gambar kita bertolak malam pada anggaran pukul 10-11 malam . Perjalanan daari ukm ke simpang kampung yang terletanya gunung berembun lebih kurang sejam lebih disebabkan ada kesesatan sedikit. Apapaun kami terpaksa turun dari bas oleh kerana jalan terlalu kecil dan sukar untuk bas lepasi ( gambar kanan tu bs accident sikit disebabkan jalan terlalu sempit dan curam n banyak jurang . so jalan kaki hingga ke kaki gunung ja la jawabnya. sesampainya aku dan yang lain di kaki gunung dalam pukul 3 pagi semua kesejukan dan nak melepaskan air kecil sebelum memulakan hiking untuk ke camp site. so, semua turun sungai beramai- ramai mengikut jantina. hahhaha lucu bukan? . .

btw, ini pengalaman pertama aku naik gunung yang tinggi dan mencabar HAHAHA  , apa yang ak fikirkan camp site tu dekat dan tidak la tinggi sangat. Rupa rupanya sataraf dengan aku naik bukit tinggi. waktu itu rasa mengantuk sangat + bag yang berat + gelap + sejuk + jalan yang sempit + jalan yang sangat curam + Pacat (sejenis haiwan / lintah ) ada dimana-mana . Semua aku lalui dalam satu masa 😭..

Okay setiba nya kami di camp site yang mengambil masa bejam- jam 😭 . kitorang bergegas cari tempat yang sesuai dan pasang khemah masing-masing disebabkan waktu tu subuh dah dekat. So waktu tu memang kami rehat sekejap dan ada yang langsung tak rehat. Gambar tak sempat nak ambil sebab terlalu penat dan gelap.

selepas subuh , kitorang terus hiking menuju ke gua kambing. gua kambing tu pertengahan antara camp site dengan puncak gunung berembun. Subuh tu kita tak mandi lagi hahahaha sambung hiking..  rasa segar juga la sebab aku rasa perjalanan tu terlalu extreme dalam seumur hidup aku . kita tak boleh berenti sebab takut nanti ada yang tertinggal, so berenti rehat tu boleh dala 3, 4 saat macam tu, hiking dan hiking punya tinggi maka sampailah kita kat gua kambing . 

  
belakang tu gua kambing . alamak tak ternampak pula. you gais boleh google yaa . 

btw kat gua kambing ni ada satu air haa situ la kitorang ambik air untuk minum and one more thing ak baru tahu bila kita buat aktiviti lasak dan menyebabkan pengeluaran peluh kita tak perlu pun buang air kecil . hehehe ceteknya pengetahuan aku beru tahu benda tu . 

  
haa ni dia air gunung yang sedap, fresh dan paling penting sejuk . rasa fresh ja tekak minum air gunung yang boleh refill ni . 😚

Lepas rehat dalam sejam macam tu kitorang sambung pendakian kitorang untuk menuju puncak . 


"Curam mata memandang curam lagi mental fizikal yang koyak ni mendaki gunung ini"



















Thursday, March 12, 2020

Pengalaman Di UKM

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Harap yg membaca ni sihat selalu . hehee selit sedikit doa   kan baik  .. Okay mcm biasa la .  kita kan newbie dalam blogger.  ini adalah blog kedua saya.. hehe .

Okay kali ni kita nak cerita tentang  kehidupan di ukm.  iaitu sambungan untuk posting pertama.. Haa posting pertama saya cerita tentang permulaan kehidupan di ukm.  so kali ni saya nak share pengalaman yg telah saya ikuti dan alami semasa semester 1 di ukm..

Okau di posting ni saya akan cerita dan fokus tebtang apa yg saya tertarik apabila saya termasuk dalam sebuah group whatsapp volunteer jasmine. nak share sedikit,  Program ni bukanlah program kolej.  kalau kat u kita bebas join bermacam2 program. berbeza,  program kolej untuk kita dapatkan merit . haa bagi yg x join apapaa program bahaya yeee . boleh kena buang kolej.  haaa nak stay mana lepas ni.  Okay berbalik kepada cerita yg asal .. Program volunteer ni dibuat berasaskan utk membantu anak2 yatim yang bertempat di Rumah Bakti Nur Ain , seksyen 2..

Pemandangan di pagi hari sebelum bertolak ke rumah bakti nur ain... 

untuk perjalanan tuu kitorang naik bas   dekat ja . hanya mengambil masa  lebih kurang 10minit..

untuk pengetahuan korang .. rimah bakti tu  tidak la besar sangat.  hmm dia hanya sebuah rumah yg menempatkan beberapa anak yatim dalam 25 orang adanya berumur belasan dan yg paling muda 4 tahun..



Banyak aktiviti yg kami jalankan . mulanya kami mengemas dan menghias bilik2 abak yatim . heheh bukan nak tunjuk baik.  just nak cerita sedikit pengalaman.  kut2 ada yang nak cuba libatkan diri untuk sukarelawan.  hehe kann isi hujung minggu anda.. 

okay dah .. selepas tuu kita buat aktiviti untuk menghiburkan dan mengasah bakat anak2 yatim serta menggalakkan mereka pandai dalam pengucapan awam.. 

antara aktiviti yg kami jalankan adalah.. 
Teki teki , menghasilkan sesuatu untuk mencintai hidupan laut dan bercerita sesama fasi dan anak2 yatim


Gambar diambil ketika menghasilkan hidupan laut menggunakan barang terpakai..


Ni adik yg paling aktif kat program ni hehe . ada2 ja dia nak cakap 


Okay ni adik danial yang nampak pendiam.  tapi diantara semua . dia yang matang.  

..
adik sporting kita.  belum habis soalan dah ad jawapan.  hehe



nak tunjuk sikit hasil tangan anak2 yatim.  hehe kretif kan diorang..


okay last ok ini adalah akak2 yang terbaik utk korang di rumah bakti nur ain .  . hehe nak show of sikit

haaa kita dah smpai penghujung posting kali ni.. nak cakap alhamdulillah tetiba pula terlibat dalam program kesukarelawan.. bukan nak show of.  taoitnak tunjukkan kalau ad masa kosong isi la dengan perkara berfaedah.  kalau bukan untuk kita . mungkin berfaedah untuk orang lain .. 

Apabila rerlibat dalam program sebegini .. bukan sahaja dapat menambah pengalaman dan kemahiran . tapi dapat memambah kesedaran .. di mana saya telah mendengar banyak kisah dari anak2 yatim tersebut . ia sungguh menyayat hati .. sda yg kehilangan ibubapa . ada juga ibu dan ayah tidak mampu merawat mereka.  dan terpaksa menghantar mereka ke rumah bakti ni .. mungkin itu penyelesaian yang terbaik.  berbanding membiarkan anak terbiar . . apapun kita kena bersyukur dengan apa yang kita miliki . apabila kita merasa susah . ada lagi yang lebih susah. 


Akhir kata dari saya..












Wednesday, March 4, 2020

Kehidupan di UKM

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menerbitkan dan membuat blog. Ini adalah blog pertama saya, terima kasih kerana sudi singgah dan baca . hihihi

Kembali kepada tujuan utama.. tujuan saya menulis blog ini adalah untuk menceritakan kehidupan saya di UKM pada awalnya. Saya bersyukur kerana mendapat tawaran sambung belajar di UKM. Bagi yang tidak tahu UKM adalah kepanjangan bagi Universiti Kebangsaan Malaysia. Ok , apa yang specialnya universiti ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar berbanding dengan universiti yang lain.

Pada mulanya agak berat untuk saya bertolak melapor diri pada 02 sept 2019 di UKM Kampus Bangi, Selangor. Perasaan yang saya ketika itu bercampur baur. saya berasa takut untuk belajar berdikari , dan sedih kerana terpaksa meninggalkan keluarga tercinta.

 
Sempat juga tangkap fenomena alam yang indah ini (30/08/2019) .. πŸ’›

tiba hari untuk mendaftar... 02/09/2019 tipu la kalau tak rasa gementar walaupun dalam hati ada sedikit perasaan tidak sabar untuk menjalani kehidupan baru sebagai seorang pelajar di universiti. sesampainya saya di UKM kampus bangi, saya bergegas mendaftar diri di Kolej yang telah ditetapkan sebelum masuk mendaftar ditemani oleh ayah tercinta. 😎 hehehe

 


haaah ini buktinya saya warga Kolej Ungku Omar.. Apa-apapun Alhamdulillah bersyukur sangat dapat kolej ni. Sebabnya, kolej ni la kolej antara yang paling strategik dekat ukm. Singkatan bagi nama kolej ni ialah KUO.. bila sebut semua orang tahu .. hehee . strtegik la walaupun makanan tak seindah mata memandang di Kolej Keris Mas dan Kolej Pendeta Za'ba. Tapi Kuo berdekatan dengan PTSL, 24 Hours , Pusanika dan Fakulti- fakulti yang berdekatan . Oleh kerana saya pelajar ekonomi, saya hanya perlu berjalan dalam 5-7 minit sahaja untuk sampai ke dewan kuliah. walaupun saya mempunyai kelas citra di FST, FSSK, FPI saya tetap boleh berjalan kaki apabila kalut dan tiada bas . hihihi πŸ˜‚

Okay nak cerita sikit minggu Pertama semasa berada di KUO.. hah macam biasa bagi pelajar kemasukan yang baharu akan mengikuti Orientasi selama seminggu iaitu biasanya di panggil sebagai Minggu Mesra Pelajar (MMM) .. Hurmm sakit juga la sebab kena bangun awal dan tidur lambat. Tapi apa yang dapat masa Minggu MMM akan diaplikasi semasa duduk di Kolej seperti peraturan, kemudahan dan seketeriat dan kelab yang akan dianjurkan pada masa terdekat. Semasa MMM saya tidak lekang hanya bersama kawan sebilik saya iaitu Julieza (gambar bawah tu) haaa cantik kan dia 😍😍😍

tapiii.. saya ada kawan yang sangat rapat. Syukur Alhamdulillah dapat kenal dengan mereka semua ni .. Erna, Hana, Aqilah dan Ain. Harap persahabatan kita kekal selamanya πŸ˜”πŸ’š


Akhir kata dalam penulisan blog saya ini, banyak benda baru saya belajar termasuklah berdikari tanpa keluarga tercinta, menghargai dan menghormati serta pandai menguruskan masa dan memilih rakan sekeliling. Masuk dunia kampus kita mengenali berbagai-bagai jenis ragam dan orang. Saya doakan semoga kita dipermudahkan urusan dan berjaya dunia dan akhirat termasuklah orang yang membaca blog ni.. Aamiin

❤Terima Kasih  kerana sudi melihat πŸ‘€dan membaca blog sederhana saya ini ❤