fuh, dah macam karangan pula. hahahaaaa...
Okay, semua posting ni dibuat semasa covid-19 melanda duniaa. huhuhu tapi tiada satu pun posting yang saya ceritakan tentang covid-19.
Okaylah kali ini saya nak cerita pengalaman saya memang saya tidak lupakan HAHAHA..
Okay start perintah kawalan pergerakan ingin dilaksanakan pada 18 MAC 2020 pada 12:00 rentas negeri adalah tidak dibenarkan dan pergerakan adalah dihadkan. So semua panik dan balik sebelum PKP dilaksanakan.. HAHAHA rasanya walaupun dunia tak gempa , saya rasa semua orang panik dekat kolej pada ketika itu. masa tu saya baru balik sampai waktu petang dari kelantan ada program IQRA CARE' and malam tu ada posmoterm. hahaha relax kan kelab tu buat posmoterm dengan makan-makan pula tu hahahaa..
apapun.. memang huru hara.. sampai ada yang minta tolong print form PDRM untuk kebenaran balik rumah.. at the end ramai juga yang tersangkut di Kolej Kediaman. HAHAHA
and apa yang sedih lucu dan sedikit takut adalah saya demam selesema dan batuk.. hahhahaa kawan pun takut dekat, tapi alhamdulillah sampai sekarang dah sihat2.
Okay nak cerita , alhamdulillah saya sempatlah balik rumah family dekat KLANG malam tu juga.. 18 MAC 2020. Oleh kerana rumah ibu dan ayah saya di SABAH, so saya masih stay dekat selangor . masa ni selangor belum red zone lagi kan? hahaha.
Okay hari demi hari sampai lah bulan MEI.. ada kebenaran untuk penghantaran pelajar balik ke kampung halaman masing2 . So saya pun isi la form tuu sebab penghantaran ni adalah percuma. HAHAHAHA free kan ? lagi2 naik flight Airlines bukan saja tak mampu waktu ketika tu tapi tak boleh..
ring-ring ada panggilan dari HEP UKM yang nak pastikan betul ka saya nak balik sabah dan alamat luar kampus dekat mana. So saya pun cakap ya dengan hati yang 50-50 . actually saya teringin nak balik sebab dengar IPT lama lagi bukak, so nak jumpa mak ayah la walaupun baru jea balik untuk cuti sem baru2 ni tapi lagipun untuk course saya ada short sem kan. rindu la nanti hmmm .. tapi 50 lagi tu sebab rumah dekat klang ni ada wifi and capaian internet pun takda masalah banding dekat rumah dekat sabah saya kena tukar plan tu pun Okay kadang tak okay.
tet tet. saya pun buka whatsapp eh dah masuk group whatsapp untuk yang pulang ke sabah. Ini adalah panggilan balik untuk first batch yang turun sabah sebab trip serawak dah habis waktu ni . so semua seronok lah hahahaha..
tapi yang menyedihkan tetiba pula ada student yang positif . dan ada yang dekat sabah HAHAHAHA ni yang menyedihkan ya korang. apa yang sedih kerajaan pun menangguhkan penghantaran pulang pelajar. So semua orang pun sedihlah terutamanya yang masih berada di kolej.
okay lepas tu, dah dekat raya kan? keluar lah pula kenyataan negeri sabah yang tidak membenarkan pelajar di hantar pulang. dan mereka berpendapat bahawa seeloknya pelajar beraya bersama rakan-rakan di kampus kerana lebih semangat. hahahahaha nak sedih ka tidak ? , kawan saya semua sedih .
Tiba2 pada waktu malam tu ada panggilan yang kata ESOK pagi BUAT RAPID SWAB TEST dan mana pelajar yang ingin pulang tetapi berda di luar kampus kena pulang segera .. guys !, mengejut bukan ?? saya rasa nak terbang jaa pun ada.. tapi saya call ayah saya mereka kata sekarang bahaya nak balik lagi2 beramai-ramai so mereka just bagi ikut hati sama ada yakin atau tidak untuk pulang ketika tu .. waktu tu saya dua hati juga lah sebab line dekat kg halaman saya kurang okay untuk digi.. lagi2 kalau hujan.. memang tak masuk kelas la jawabnya. HAHAHA. tapi saya tetap ambil keputusan nak pulang .
oleh kerana malam dah larut, saya pun cadang balik kolej esok pagi . saya rasa sempat kut sebab waktu malam tu saya belum packing apa lagi hahahaha .. dalam whatsapp punya bising, ada yang sanggup balik pukul 1. semangat mereka nak balik tu tuhan ja yg tahuu
hahaha semangat balik sedih pun ada jugala hahaha |
dan pagi pun menjelang.. Okay waktu ni puasa kan ? so lepas sahur saya packing semua barang yang nak bawaa . lepas subuh gerak ke UKM.. korang nak tahu apa jadi ???? saya terlepas swab test !!!!!! so saya tidak boleh ikut trip balik pada esok hari.... huhuhu dah packing guys barang ? can you imagine that ? and dah bgtahu dekat semua org yang saya dah nak balik. huhuhu malu, sedih dan hampaaaaaaaaaaaa.....
seolah mampu berangan sahaja tapi tak dapat sentuh ahahaha |
Sejam rasanya saya merayu untuk buat swab test dekat luar.. tapi diorang tidak benarkan. huhuhu so mereka cadang saya ta perlu balik klang dan tetap tinggal di kolej keris mas (KKM) untuk tunggu flight kedua .. tapi bila saya tanya bila flight tu ? diorang tak sure lagi.. so saya fikir boleh ka saya tinggal dekat KKM tanpa kawan? patut ka saya beraya dengan monyet di KKM? dengan UKM wifi tiada dekat blok C tuu . sebab blok tu bukan untuk student. hmm fikiran saya bercelaru pada ketika itu. sejam macam tuu saya dah ambil keputusan untuk balik klang . dengan mereka kata saya kena alert dengan phone kerana flight mengejut bila-bila masa sahaja. so dengan yakin saya kata YA hahahahah.
ni la blok tu . sunyi gila hm saya ni penakut . tidur dorang pulak tu bilik lain semua kosong hm . |
Seelum balik tu saya sempat jenguk bilik. saya mendapat kejutan yang sangat dasyat HAHAHA apa dia ? bilik kitorang dicerobohi MONYET ! . okay move on .. dan balik klang semula dengan bagasi besar dengan beg yang penuh notes. hahaha yilson kata ni pengalaman saya semasa first year.. hahahahaa
tadaaaaaaaaaaa !!!!! |
akhir-akhir ramadhan.. iaitu dua hari sebelum 1 syawal, saya pun sibuk lah buat persiapan raya dengan buat kuih, buat buras (sejenis ketupatla tetapi rasa yang berbeza), bersihkan ayam , bland bawang. HAHAHA aura2 raya gituu sehingga panggilan telefon saya tak dengar dan tak jawab.
busy dia tu lain macam huhu |
korang nak tahu tu panggilan apa ? tu panggilan untuk swab test dan esok adalah penerbangan ke sabah bagi pelajar ukm yang terlepas . tapi saya terlepas lagi dengan jaya nyaa AHAHAHAA. nak sedih ke nak nangis ? . tapi saya percaya akan ada flight untuk saya lepas raya.. walhal bagasi saya tak keluarkan lagi sebab fikir kalau ada panggilan terus balik campus dan tak perlu lah saya packing kan..
πππππ
AKHIRNYA, saya beraya di SELANGOR .... t. HAHAHAHAHA
tapi at least saya ada family yang sayangkan saya . hehehe so tak sedih sangat lah.
tak sorang2 sedih tak dapat salam mak ayah hmm
pada raya kedua pun saya dapat panggilan untuk balik sabah ikut dengan student dari IPT lain . finally, hahahaa walaupun saya keseorang balik pada ketika itu, saya yakin inilah flight saya ..
Alhamdulillah saya dah buat swab test dihantar oleh encik (saya dah lupa) pengurusan di bawah UKM . pengelaman swab test adalah sangat sakit. waktu benda tu masuk kita kena dongak dan tahan nafas dikiran dalam 8 saat ke macam u lama juga. tapi waktu giliran saya, saya rasa benda tu sangat sakit so saya tolong tangan frontliner tu . hmm salah ke saya ? nasib baik mereka sangat baik, mereka buat dengan ikhlas dan berkata lemah lembut . untuk kali kedua mereka cuba masukkan dalam hidung tetapi tidak jadi dan mereka pujuk saya. hmm cair saya oleh frontliners ni dan kali ketiga pun berjaya la swab test saya hahahahhaha SAKIT ! .
swab test - UM |
balik ukm terperuk lah saya kembali sorang-sorang dalam bilik . hahaha
room quarantine |
buka tingkap memang seram π tapi mula2 memang takut gila |
di sini saya belajar hidup sorang2 hahaha.. tapi rupanya saya bukan keseorangan hahahaha ni mereka pun sama nak balik . tapi mereka kata saya sangat teruk jika saya tertinggal lagi untuk flight terakhir ni . mereka senior yang sangat baik . hehehe siap ajak Outfit of the day (OOTD) raya lagi dekat ukm .
belakang tu kak fir dan depan kak syilla . |
tiba2 flight di awalkan ? saya pun terkejut sebab belum packing barang. hmm gegas sya urus semua benda.
btw dua senior tu tak tidur malam sebab pukul 5 kena tunggu driver hantar ke UNITEN untuk urusan PDRM dan lulusan di KLIA.
UNITEN PJ |
Kali ni kita di urus oleh encik ikhwan . hmm terima kasih lah atas jasa pengurusan ukm dan forntliners yang baik2
sesampai di UNITEN , dah ramai orang macam2 IPT dah tapi mostly kolej la. bila tanya mereka dah urus dalam pukul 3 . fuhh . ingat UKM paling awal puku 5 hahahahaaa . tapi, yang seronoknya TNC UKM pun ada. hehe terharu la juga ramah sangat sanggup pula tu datang subuh2 . caring betul TNC kita ni.
terharu tengok 2 encik pengurusan yang hantar kami dari swab test di UM, urusan pelepasan di UNITEN dan akhirnya di KLIA mereka hantar hingga la boarding . terharu sangat pengorbanan mereka subuh2 pulak tu . dengan pengurus di uniten semua baik2..
flight semua dengan jayanya CANCEL . |
terharu sangat tengok pengurus2 yang menghantar pelajar balik sampai boarding diorang hantar hm terima kasih . jasa tak terbalas walaupun tu dah memang tugas diorang tapi kita boleh nampak keikhlasan dalam apa yang mereka buat . "melihat student dapat balik cukup rasa gembira saya" itu lah yang pernah mereka katakan
masa untuk boarding |
btw untung juga naik mas Airlines ni sebab free kan . hmm kalau tak free memang saya selalu naik Air Asia sebab lebih murah airlines tak mampu haha
terima kasih Kerajaan MALAYSIA |
btw KLIA to BKI ( dalam 1 JAM 50 minit ) so lebih cepat la banding turun tawau yang ambik masa 3 jam . tapi apa buruknya bagi yang tinggal daerah jauh ni ? hahaha 9 to 10 jam untuk sampai ke daerah saya guys . tu naik bas nak pegi kelantan lagi dekat dari KL kan HMM . masa tu saya memang rasa loya sebab sebab tak cukup tidur dan perjalanan yang panjang merentasi laut china selatan fuh penat. sebab biasanya saya turun Tawau so hanya 30 minit sahaja untuk sampai rumah daripada airport
Hotel Quarantine π rasa macam becuti pulak dapat hotel mewah dengan pemandangan pagi yang cantik
seaviewπ |
terima kasih frontliners malaysia . π
tu saja perkongsiaan saya pada kali ini . Assalamualaikum